Proses-prose luluhawa kimia di kawasan tropika lembap mempengaruhi kehidupan manusia. Bentuk-bentuk muka bumi yang terhasil di kawasan Karst seperti di Batu Caves, Gua Niah dan Gua Mulu telah menjadi pusat-pusat tarikan pelancong utama negara. Kegiatan pelancongan telah mewujudkan pelbagai peluang pekerjaan dan menyumbang tukaran wang asing.

Proses-proses luluhawa dalaman terutama oleh proses-proses luluhawa kimia telah menghasilkan lapisan regolit yang tebal (biasanya 40 meter) di kawasan tropika lembap. Lapisan regolit tebal memang sesuai untuk pelbagai kegiatan manusia seperti pembinaan petempatan dan kemudahan prasarana seperti jalan raya, lebuh raya, landasan kereta api dan sebagainya. Pembinaan seperti ini sukar dibina di kawasan lapisan tanah yang nipis. Regoli yang tebal juga menggalakkan kegiatan pertanian, terutama tanah jenis liat dan laterit sesuai untuk penanaman padi dan getah masing-masing.

Luluhawa juga memudahkan perlombongan. Bahagian atas batuan yang telah diluluhawakan menjadi lembut dan senang untuk dikorek dan mencari gali bahan galian yang tersimpan di dalamnya.








**   Paip yang kosong menghembuskan angin tetapi jika kepala yang kosong akan menghasilkan kegelapan