1. Regolit yang tebal
 Proses-prose luluhawa terutama luluhawa kimia sangat giat berlaku di kawasan tropika lembap. Oleh itu, kawasan tropika lembap di permukaan cerun bukit dan tanah tinggi lapisan tanah agak tebal. Lapisan regolit yang tebal mudah mengalami proses-proses pergerakan jisim kerana lapisan regolit merupakan lapisan yang lembut, lebih mudah menyerap air dan mudah bergerak.

2. Iklim
Kawasan tropika lembap yang menerima jumlah hujan yang banyak lebih 2000mm setahun. Hujan yang turun lebat sepanjang tahun dapat menggalakkan proses-proses pergerakan jisim. Air hujan apabila bercampur dengan lapisan tanah menjadi berat dan mudah bergerak disepanjang cerun akibat tarikan graviti. Air hujan yang menyusup masuk ke dalam lapisan tanah bertindak sebagai agen pelincir lalu menggalakkan proses gelunsuran tanah di permukaan cerun-cerun bukit.

Di kawasan sederhana sejuk, pecairan salji akan menjadikan lapisan tanah tertepu dengan air akan menggalakkan lapisan atas tanah  bergerak menurun cerun. Kadar pergerakan lebih cepat pada musim bunga dan panas di mana pencairan salji yang giat berlaku.

3. Aktiviti manusia
Kegiatan manusia seperti tarahan bukit untuk pembianaan jalan raya, pemasngan cerucuk besi, dan pemecahan batu di lombong kuari dapat menggalakkan proses-proses pergerakan jisim seperti robohan dan runtuhan batu. Gangguan seumpama ini yang melonggarkan struktur tanah dan batuan dilereng-lereng bukit atau gunung mudah mengalami pergerakan jisim.

4. Gangguan-gangguan tektonik
Kawasan-kawasan yang sering mengalami gerakan tektonik seperti gempa bumi, lipatan dan gunung berapi menyebabkan struktur batuan danah dikawasan bercerun curam mudah mengalami pergerakan jisim.

5. Litupan bumi
Di kawasan tanah tinggi yang mengalami pemusnahan, litupan bumi melalui pertanian pindah dan pembalakan secara intensif proses-proses pergerakan bumi giat berlaku. Lapisan tanah yang kehilangan cengkaman akar pokok dan tumbuhan mudah mengalami pergerakan jisim

6. Bentuk Muka bumi
Kawasan-kawasan di tanah tinggi yang bercerun mudah mengalami pergerakan jisim. Faktor kecerunan mendorong tindakan tarikan graviti terhadap regolit di bahagian atas tanah tinggi dan dengan ini kadar pergerakan juga lebih tinggi.





**   Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal,tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah.