1. Nyatakan secara ringkas maksud istilah luluhawa dalaman.

JAWAPAN:
Luluhawa dalaman bermaksud luluhawa yang giat berlaku terhadap batuan induk di dalam tanah terutama sekali oleh proses-proses luluhawa kimia dan kesanya sehingga sangat dalam, mungkin sedalam 30-90 meter. Proses-proses ini dapat menguraikan batuan yang besar kepada kumin-kumin yang lebih kecil secara insitu dengan batuan unsur-unsur iklim dan cuaca terutama hujan dan suhu. Kenayakkan batuan mengalami perubahan isi kandungan kimia akibat proses-proses luluhawa kimia.


2) Huraikan faktor yang mempengaruhi kadar luluhawa dalaman di sesuatu kawasan

JAWAPAN:

Hujan
-Semakin banyak hujan yang diterima kadar luluhawa dalaman meningkat. Jumlah hujan yang banyak menggalakkan tindakan kimia .Contoh di kawasan tropika lembap yang hujannya melebihi 2000mm sepanjang tahun menghasilkan regolit yang tebal.

Tumbuhan
-Semakin banyak tumbuhan kadar luluhawa dalaman meningkat. Reputan tumbuhan membantu dalam menguraikan batuan melalui tindakan asid biotic (proses chelasi). Tumbuhan juga menggalakkan susupan air ke dalam tanah.

Kecerunan
-Semakin landai sesuatu permukaan semakin tinggi kadar luluhawa dalaman. Kerana cerun yang landai akan meningkatkan kadar penyusupan air .

Jenis batuan
-Batuan yang mengandungi mineral yang mudah terluluhawa seperti besi dan feldspar kadar luluhawa dalaman tinggi.

Kestabilan tektonik
-Semakin kurang gangguan tektonik di sesuatu kawasan semakin tinggi kadar luluhawa dalaman. Tindakan luluhawa ke dalam tidak terganggu dan bahan regolit yang terhasil tidak dipindah keluar. Ini akan menghasilkan regolit yang tebal.



3)    (a)          Nyatakan tiga perbezaan antara luluhawa kimia dengan luluhawa fizikal.      
       (b)          Huraikan tiga proses luluhawa kimia di kawasan tropika lembap.                                  
       (c )         Jelaskan tiga faktor yang menyebabkan tanah runtuh sering berlaku di kawasan 
                     tropika lembap dan huraikan tiga langkah untuk mengatasinya. 


          
JAWAPAN:
  1. Nyatakan tiga perbezaan antara luluhawa kimia dengan luluhawa fizikal 
Luluhawa Kimia Luluhawa Fizikal
Proses asas berlakunya gondola. Batuan yang terdedah kepada air dan udara akan dihauskan menjadi regolit Pemecahan fizikal batuan oleh agen iklim seperti hujan, fros dan matahari
Berkesan di kawasan gurun, karst, khatulistiwa dan tropika lembap Melibatkan proses pengembangan dan penguncupan batuan serta pembasahan dan pengeringan
Melibatkan proses pengkarbonatan, pengoksidaan, larutan, hidratan Membentuk pecahan bijian, pecahan bongkah dan kelupasan




(b)   Huraikan proses- proses luluhawa kimia di kawasan  tropika lembap.  
i.          Pengkarbonan – melibatkan galian terlarut di dalam air hujan yang mengandungi karbon dioksida. Bahan ini akan melarutkan kalsium karbonat dalam batuan menjadi kalsium bikarbonat.
ii.         Pengoksidaan- melibatkan tindak balas oksigen dalam udara dan air dengan bahan galian dalam batuan.
iii.         Larutan-
iv.         Penghidratan-
v.          Hidrolisi-
(c) Tanah runtuh yang sering berlaku di kawasan tropika lembap berpunca daripada tiga faktor penting iaitu

i.         Iklim
           Hujan merupakan faktor iklim yang amat dominan di kawasan beriklim tropika lembap yang boleh menyebabkan berlakunya tanah runtuh.  Apabila hujan lebat berlaku, tanah-tanah di kawasan bercerun akan menjadi tepu.  Keadaan menjadi bertambah dahsyat apabila kawasan tersebut tidak mempunyai tanaman tutup bumi atau tumbuh-tumbuhan.  Dengan tanah yang tepu air, maka tanah cerun mudah runtuh kerana cengkaman yang semakin longgar.
ii.         Aktiviti manusia
         Aktiviti pembangunan terutamanya di kawasan-kawasan lereng bukit.  Apabila manusia menjalankan aktiviti pembangunan, sudah pasti tanah bukit akan diteres dan dicerunkan.  Sekiranya tindakan susulan tidak diambil untuk mengawal tanah-tanah dicerun, maka kejadian tanah runtuh mudah berlaku.  Kejadian tanah runtuh menjadi bertambah cepat semasa hujan.
Aktiviti pembalakan juga boleh menyebabkan berlakunya tanah runtuh. Apabila kayu balak
ditebang, tanah terdedah kepada pelbagai proses fizikal seperti hakisan,dan luluhawa. Keadaan 
ini meningkatkan kadar kejadian tanaha runtuh apabila tanah terdedah kepada proses-proses
tersebut.
iii.        Faktor kecerunan kawasan- bmb yang bercerun
           Bercerun landai atau curam  boleh meningkatkan kejadian tanah runtuh terutamanya apabila 
           kawasan tersebut kekurangan litupan bumi.Kejadian tanah runtuh menjadi-jadi apabila menerima
           kekerapan hujan yang tinggi di kawasan tersebut.Tanah di  kawasan bercerun lazimnya tertakluk 
           kepada daya cengkamnya terhadap batuan dasar.Sekiranya tanah di situ lebih bersifat tepu air, 
           maka ia mudah mengalami kejadian tanah runtuh.

Langkah-langkah
i.                    Tanaman tutup bumi, sungkupan plastic
ii.                   Membina tembok atau penyimenan tebing
iii.                  Teres.


4)  Apakah yang dimaksudkan dengan kegagalan cerun ? 

JAWAPAN
Kegagalan cerun merujuk kepada ketidakstabilan cerun . Cerun gagal mengekalkan keseimbangan sehingga menyebabkan pergerakan secara aliran lambat atau aliran cepat. Contohnya seperti berlaku kejadian tanah runtuh.





5)  Jelaskan bagaimana suhu dan air memainkan peranan dalam pelbagai proses luluhawa fizikal.

JAWAPAN: 
       Suhu dan air memainkan peranan dalam pelbagai proses luluhawa fizikal. Dalam proses insolasi, suhu amat memainkan peranan. Proses insolasi ialah peruabahan suhu panas dan sejuk yang berulang-ulang terutama di gurun panas. Ketika siang, suhunya sangat panas mencecah 45 C, mineral dalam batuan mengembang. Ketika malam suhunya sangat sejuk sehingga 5 C. Mineral batuan akan mengecut. Proses insolasi yang berulang-ulang akhirnya batuan memecah. Jelas suhu amat memainkan peranan dalam proses ini.
      Dalam proses pembasahan dan pengeringan, suhu dan air sama-sama memainkan peranannya. Ketika hujan di kawasan tropika lembab, air akan membasahi batuan dan meresap ke dalam batuan. Batuan akan mengembang kerana rongga batuan dipenuhi air. Ketika panas pula, suhu yang tinggi mencecah 27 C membolehkan batuan cepat kering dan kembali ke saiz asalnya. Pembasahan oleh air dan pengeringan oleh suhu yang tinggi secara berulang-ulang, akhirnya batuan memecah. Jelas suhu dan air memainkan peranan dalam proses ini.
     Dalam proses pelepasan tekanan, air berperanan sebagai agen hakisan yang menghakis tanah yang menutupi batuan. Pada awalnya batuan berada dibawah permukaan tanah. Tanah menutupi batuan, menyebabkan batuan berada di bawah tekanan. Selepas tempoh yang tertentu tanah yang menutup batuan, boleh mengalami hakisan terutamanya oleh air yang mengalir, akibatnya, batuan yang ditutupi tanah tadi terdedah. Kini batuan tersebut bebas daripada tekanan. Batuan ini akan terdedah kepada pelbagai proses luluhawa yang lain. Sekiranya batuan ini mempunyai rekahan, rekahan boleh semakin membesar kerana tiada lagi bebanan yang menutupinya, akhirnya batuan boleh memecah.
    Suhu dan air juga memainkan peranan dalam proses penghabluran garam. Turunan air hujan yang sedikit(XXmm), sudah memadai untuk melarutkan garam galian di kawasan gurun. Larutan ini kemudiannya naik ke permukaan melalui tindakan kapilari. Suhu yang tinggi di kawasan gurun (xx C), menyebabkan proses sejatan sangat giat berlaku. Larutan garam yang mengalami sejatan, akan meninggalkan hablur garam di permukaan bumi. Sekiranya ada batuan yang sedia mempunyai rekahan, hablur garam akan tertinggal di celah rekahan. Pertambahan jumlah garam menyebabkan rekahan membesar dan menyebabkan batuan memecah. 
     Suhu dan air juga memainkan peranan dalam Luluhawa fizikal tindakan fros yang biasanya berlaku di kawasan sederhana dunia. Luluhawa ini aktif ketika musim perantaraan iaitu musim luruh dan musim bunga. Luluhawa ini berlaku dengan giat di lereng-lerang bukit atau tanah tinggi yang mempunyai rekahan. Ketika siang air hujan yang cair boleh berada di dalam rekahan kerana suhunya yang agak panas mencecah 16 C. Ketika malam pula suhu boleh menurun sehingga dibawah takat beku 0 C. Air yang membeku di celah rekahan menyebabkan isipadunya bertambah 10%. Ini menambah tekanan kepada dinding rekahan. Proses yang berulang-ulang menyebabkan rekahan membesar dan batuan akan memecah jatuh ke kaki cerun. Jelas menunjukkan bahawa suhu dan air sama-sama memainkan peranan




**  Raihlah ilmu, dan untuk meraih ilmu belajarlah untuk tenang dan sabar. (Khalifah ‘Umar)