Apakah itu Luluhawa?

Definisi Luluhawa

Luluhawa ialah satu proses penyepaian, pereputan dan pemecahan batu kepada kumin-kumin yang lebih kecil dilapisan kerak bumi. Mengikut Polynox, luluhawa merupakan satu kumpulan proses yang melibatkan tindakan balas di antara mineral dalam bantuan dengan unsure-unsur iklim seperti suhu, air hujan, fros, angin, tekanan udara dan sebagainya. Tumbuh-tumbuhan dan haiwan turut memainkan peranan terhadap keberkesanan proses-proses luluhawa. Proses luluhawa ini berlaku secara insitu iaitu ia tidak melibatkan sebarang pemindahan atau pengangkutan hasilan yang terluluh.

Ahli-ahli geomorfologi telah mengklasifikasikan proses-proses luluhawa kepada jenis luluhawa fizikal (mekanika) dan luluhawa kimia dan biotic.


Luluhawa Fizikal (Mekanika)

Definisi:
Luluhawa fizikal ialah proses pemecahan batuan besar kepada serpihan-serpihan kecil atau kumin-kumin kecil secara insitu dengan bantuan unsure-unsur iklim seperti suhu, hujan, fros dan sebagainya. Proses luluhawa fizikal hanya melibatkan pemecahan yang melibatkan perubahan rupa bentuk fizikal batuan sahaja tanpa sebarang perubahan isi kandungan kimia bantuan.

Proses-proses luluhawa Fizikal
Pensuriaan (Julat Suhu harian yang  Besar/ Proses Kembang kecut.
Penghabluran garam

 
Pensuriaan (Julat Suhu harian yang  Besar/ Proses Kembang kecut

Kawasan gurun panas mengaami iklim panas dan kering kerana ketiadaan awan dan litupan bumi. Cahaya matahari terus sampai ke permukaan bumi pada waktu siang dan menyebabkan suhu mencapai 35°C dengan mudah. Kadang-kadang suhu boleh mencapai sehingga lebih 45°C.
Pemanasan sedemikian berupaya menyebabkan batuan mengalami pengembangan. Sebaliknya pada waktu malam suhu cepat jatuh sehingga lebihrendah daripada 10°C. Kehilangan haba yang cepat ini menyebabakan batuan mengalami pengecutan.

Proses kembang kecut yang berulang dapat menyebabkan batuan mengalami ketegasan dan ketegangan.
Kedua-dua lapisan ini berlaku pada lapisan luar batuan kerana batuan bukan merupakan pengalir haba yang baik. Keadaan yang berlanjutan ini menyebabkan batuan mengalami retakan dan rekahan. Pembesaran retakan batuan boleh dibantu oleh kehadiran embun dan hujan berkala. Akhirnya batuan akan memecah melalui pelbagai cara. Jenis pemecahan dipengaruhi oleh cirri batuan seniri. Antaranya ialah pengelupasan, pecahan bongkah dan relaian bijiran.

Penghabluran Garam

Proses ini giat di kawasan gurun panas. Kadar sejatan yang tinggi menyebabkan air di bawah tanah tertarik ke permukaan oleh proses kapillari lalu tersejat di permukaannya. Sekatan sejatan berlaku, butir-butir galian yang telah beergerak bersama-sama air bawah tanah ke atas tadi akan tertinggal dilapisan berhampiran dengan permukaan batuan.

Perlonggokan butir-butir galian ini akan menghasilkan hablur-hablur garam halus. Hablur garam ini yang tersekat di dalam retakan batuan akan membesar lalu member tekanan terhadap struktur batuan. Jika proses ini berlaku terhadap batu pasir, penghabluran garam dalam rongga batu pasir menyebabkan butir-butir pasir akan terurai dari batu pasir.

Proses penghabluran garam terhadap tebing tinggi di kawasan gurun boleh menghasilkan bentuk muka bumi seperti nic, gua cetek dan lubang batu pasir.

LULUHAWA KIMIA

Definisi
Luluhawa kimia ialah satu proses pereputan atau penguraian atau penghancuran batuan besar kepad kumin-kumin halus secara insitu dengan batuan unsur-unsur iklim seperti suhu, hujan dan sebagainya. Proses-proses luluhawa kimia melibatkan pereputan batuan yang bukan sahaja mengubah rupa bentuk fizikal batuan bahkan juga melibatkan pengubahan isi kandungan kimia batuan.

Proses-proses Luluhawa kimia
1)       Larutan
2)        Pengkarbonan
3)       Pengoksidaan
4)       Hidrolisis
5)       Hidratan

Larutan
 Proses ini berlaku ke atas mineral-mineral atau batuan yang mudah seperti garam batu, batu kapur dan dolomite. Apabila air hujan yang turun menyentuh batu garam ia akan mudah dilarutnya. Air hujan berasid karbinik lemah akan melarutkan permukaan batuan seperti batu kapur dan dolomite.

Pelarutan adalah peringkat pertama dalam luluhawa kimia. Proses ini menyebabkan galian terlarut dan wujud dalam bentuk ion-ion supaya tindak balas kimia selanjutnya dapat berlaku dengan berkesan. Kadar perlarutan bergantung kepada isipadu air hujan yang diterima dan komposisi batuan dan mobility unsure-unsur berkenaan. Contoh kumpulan bahan kimia seperti kalsium, natrium, kalium dan magnesium adalah mudah dilarutkan jika dibandingkan dengan silika.

Proses pelarutan juga menghasilkan lubang-lubang di dalam tanah atau batuan, contoh seperti honey-comb yang terdapat pada batuan di Cheung Chong, hong Kong atau Taman Negara Bako, Sarawak.


Pengkarbonat
Air hujan yang turun apabila bercampur dengan gas karbon dioksida dalam udara akan menghasilkan asid karbonik yang lemah (H2O + CO2 = H2CO3). Asid karbonik ini mudah bertindak balas secara kimia dengan batu kapur lalu mewujudkan kalsium bikarbonat (CaCO3 + H2CO3 = Ca(HCO3)2 atau kapur mati). Bahan yang terhasil ini adalah dalam bentuk cairan. Proses pengkarbonan bersama-sama dengan proses larutan sangat berkesan di kawasan batu kapur. Kedua-dua proses luluhawa kimia ini dapat menghasilkan pelbagai bentuk bumi karst. Rekahan-rekahan diperbesarkan  menjadi grike, system gua dengan stalakit dan stalagmite terhasil di kawasan batu kapur, di cerun curam, pengkarbonan menghasilkan kelaran yang dalam.

Pengoksidaan
Proses ini merujuk kepada perubahan akibat tindak balas oksigen dari udara atau dari dalam air dengan mineral-mineral dalam batuan terutama unsure-unsur besi. Besi yang teroksida menjadi besi oksida. Besi oksida merupakan besi terkarat  dan ia berlaku dengan perubahan warna dari kebiruan kepada merah, perang atau kekuningan. Proses pengoksidaan ini dapat melemahkan struktur batuan sehingga penguraian batuan berlaku. Batuan yang mengandungi besi mudah mengalami pengoksidaan. Batuan seperti pirit (besi sulfida), magnetit (ferus oksida), mika dan hornblend (feromagnesium silikat) adalah antaranya yang mudah mengalami pengoksidaan. Contoh pengoksidaan olivine menghasilkan magnesium hidroksida, ferrous oksida dan asid silikit.

Hidrolisis
Hidrolisis adalah proses tindak balas air dengan batuan. Proses ini berlaku apabila batuan menyerap air dan mengalami tindak balas kimia. Tindak balas kimia ini sangat kompleks tetapi boleh melemahkan batuan untuk menghasilkan regolith tanah. Tindak balas kimia berlaku apabila ion hydrogen (H+) dan ion hidroksil (OH-) dari air bertindak dengan ion positif dan negative dari batuan. Batu granit yang mengandungi mineral kuarza, mika dan felsfar. Felsfar dan mika akan direputkan oleh proses hidrolis dan bertukar menjadi tanah liat putih atau kaolin yang lembut.


Hidratan
Ini merupakan satu proses penambahan molekul air kepad sebatian galian. Pertambahan air menghasilkan tegasan dalam struktur batuan dan akhirnya menyebabkan batuan terurai. Contohnya, kalsium sulfat yang bertindak bals dengan air berupaya menyerapnya lalu membentuk suatu bahan yang baru iaitu gypsum.


LULUHAWA BIOTIK

Luluhawa jenis ini pula merujuk kepada pemecahan batuan oleh tumbuh-tumbuhan dan haiwan. Tindakan luluhawa ini boleh berlaku secara mekanika atau secara kimia.
1)      Tindakan akar
2)      Tindakan bakteria
3)      Tindakan Haiwan




**  Semakin jauh kita cuba lari dari menyelesaikan masalah, semakin dekat ianya datang menghampiri kita…