1.Menanam tumbuhan
Permukaan bumi terutama di lereng-lereng bukit dan gunung yang sedang atau telah berlaku kegiatan manusia seharusnya diliputi dengan penanaman pokok atau rumput. Litupan bumi dapat mencengkam tanah melalui akar-akarnya. Lagipun lapisan tanah kurang terdedah kepada tindakan air hujan.

2. Teres
Kawasan-kawasa permukaan bumi yang bercerum curam seharusnya di teres mengikut garis konturnya. Tindakan ini bukan sahaja mengurangkan kecuramana lereng-lereng bukit bahkan dapat mengurangkan daya graviti terhadap lapisan tanah di sesuatu bukit atau tanha tinggi. Teres juga mengurangkan air larian permukaan yang juga boleh mempengaruhi pergerakan jisim.

3. Tembok
Pergerakan jisim juga boleh di atasi dengan cara mebina suatu tembok konkrit atau batu merentasi cerun sesuatu bukit yang dijangka boleh berlaku pergerakan jisim. Kaedah ini sangat sesuai mengatasi pergerakan jisim jenis kesotan tanah dan tanah runtuh di lereng-lereng bukit dari menjadi berat dan bergerak ke bahagian bawah.







**   Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu.