Objektif 

1.   Penekanan kepada unsure-unsur cuaca dan iklim yang dapat menghasilkan pelbagai agen penggondolan seperti luluhawa, hakisan, pengangkutan dan pemendapan.
2.   Proses dan jenis luluhawa perlu diberi tumpuan kerana ia merupakan agen yang memainkan peranan penting terhadap pengukiran landskap dipermukaan bumi,
3.   Memberi perhatian kepada pergerakan jisim dan factor-faktor yang mempengaruhi pergerakan jisim juga penting untuk diberi perhatian.
           
Pengenalan

Proses endogenesis menghasilkan bukit-bukit, gunung, lurah, cerun, lembangan dan bentuk muka bumi yang asal. Bentuk-bentuk ini tidak selama-lamanya tetap dan akan mengalami proses-proses luar yang akan mengubah dan merendahkanya. Kuasa-kuasa luar adalah agen-agen gondola seperti luluhawa, hakisan pengangkutan dan pemendapan. Kuasa ini lebih meluas dan mempunyai pengaruh yang ketara terhadap landskap bumi.

















**  Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.