Pergerakan jisim bermakna sebarang proses pergerakan bahan-bahan dicerun sesuatu bukit atau gunung.
Bahan-bahan yang terlibat dalam pergerakan ini merangkumi bahan yang terluluhawa termasuk tanah-tanih dan serpihan batuan. Bahan-bahan ini akan bergerak atau diangkut dari atas ke bahagian bawah sesuatu lereng bukit atau gunung. Secara umumnya, pergerakan ini disebabkan tarikan graviti, aliran air hujan atau air dari salji yang mencair. Pergerakan jisim ini dapat dikategorikan kepada dua kumpulan utama iaitu pergerakan jisim lambat dan pergerakan jisim cepat.

Pergerakan perlahan/ aliran lambat
Pergerakan-pergerakan yang perlahan melibatkan pergerakan tanah dan ketulan batuan secara perlahan-perlahan dari bahagian atas cerun ke bahagian bawah cerun. Proses pergerakan ini di kenali kesotan dan terdiri daripada lima jenis

Jenis-jenis
Kawasan/ Iklim
1 Kesotan tanah tanih
2 Kesotan talus
3 Kesotan batuan
4 Kesotan batu glasier
5 Gelangsar tanah
Semua kawasan
Pergunungan bersalji
Pergunungan
Lereng-lereng pergunungan bersalji
Sederhana sejuk
JADUAL: Jenis-jenis aliran lambat

 
Aliran cepat

Jenis aliran
Iklim / kawasan
1 Aliran tanah
2 Aliran lumpur
3 Aliranpuin salji-runtuh
4 Runtuhan
Tropika lembap/ Gurun panas
Gurun panas/ separa gurun
Sederhana sejuk/ pergunungan
Semua kawasan
Jadual : Jenis-jenis aliran mengikut iklim

Aliran ini melibatkan pergerakan tanah, ketulan batuan, dan lumpur dari  atas cerun ke bahagian bawah cerun dengan kadar yang cepat. Biasanya pergerakan ini berlaku di bahahian cerun yang lebih curam serta bekalan air yang banyak. Aliran kategori ini dibahagikan kepada beberapa jenis.




**  Hidup memerlukan pengorbananan.Pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuangan memerlukan ketabahan.Ketabahan memerlukan keyakinan.Keyakinan pula menentukan kejayaan.Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.